Wednesday 3 July 2013

DIAMOND NIGHT 2013 AT MIECC.


This is a big acknowledgement by company for those who achieved a sale target.

 I am attended this event to accompany my beloved wife Munirah Zaki (munirahzaki.blogspot.com) who also join this business and also as a photographer for my wife.

GLAM is a Green Leaders Academy Malaysia.

Below is a Hanis Haizi, the founder of the GLAM with her business partner.

My beloved wife, Munirah Zaki (left) and her mentor NaaKamaruddin.


Part of the GLAM Team on that DIAMOND NIGHT 2013 at MIECC. 


And my beloved wife, Munirah Zaki (munirahzaki.blogspot.com).


"Without effort, a great vision will remain just an unfulfilled dream."

Saturday 25 August 2012

Salam Eidulfitrie 2012.


       Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kita untuk menyelesaikan rukun Islam yang ketiga iaitu ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini agak singkat buat saya, mungkin sebab saya "busy" pada ramadhan kali ini lantas saya rindu untuk bertemu ramadhan yang seterusnya. Apapun saya harap kita semua dapat istiqomah terhadap amalan yang telah kita lakukan dalam ramadhan kali ini agar ianya menjadi bekalan terhadap diri kita kelak.


      Saya yakin ramai yang telah membeli belah baju baru untuk hari raya kali ini demi menyambut hari kemenangan atas ibadah puasa kita. 


                                  Tahniah saya ucapkan!!


      Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun Selamat Menyambut Hari Kemenangan atas usaha kita selama sebulan berpuasa. Serta saya ingin memohon maaf atas segala perbuatan dan tingkah laku saya terhadap semua customer saya serta kepada semua yang mengenali saya. Karya saya hanyalah sebuah usaha kecil, oleh kerana itu saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada customer saya yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam merakamkan saat-saat penting dan bermakna buat mereka.
 
      Sekian....  
           

Tuesday 8 November 2011

Force Yourself to Excel.

 Di bawah sistem pendidikan, pelajar dengan grade "C" yang mana belajar hanya untuk lulus dan yang mendapat straight "A" masih lagi boleh graduate. Daripada penilaian atas kertas yang membezakannya hanyalah dua abjad pemarkahan. Untuk berjaya, pelajar "A" telahpun menempuhi banyak kepayahan dan kesukaran dan sesetengah daripadanya memerlukan usaha dan pengorbanan yang besar.
   
Kita mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu lulus ataupun mahu mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Ianya adalah satu peluang untuk menunjukkan "human qualities" dan memilih jalan yang kita mahu dalam hidup.

Kecemerlangan bukanlah semata-mata pada segulung ijazah tapi ianya tentang bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Universiti terbaik adalah Universiti Perjalanan Kehidupan. Universiti yang banyak memberi pelajaran kepada manusia untuk terus hidup. Kita harus ambil pelajaran daripada sejarah dan kesilapan yang lepas agar ianya mampu dijadikan kekuatan dalam menempuh cabaran. Gagal bukanlah penamat buat segala-galanya. BERHENTI BERJUANG adalah pengertian terbaik buat KEGAGALAN.

Untuk cemerlang dalam hidup, kita harus menempuh pelbagai rintangan. Permasalahan sebenar dalam mencapai kecemerlangan adalah fikiran kita. Fikiran yang hanya melihat untuk selesa dan mudah. "Mindset" harus diubah daripada tidak kepada ya. 

"The greatest skill of all is the ability to overcome yourself" 

Tuesday 4 October 2011

Happy Family.















Keluarga bahagia bukan diukur dengan kemewahan tapi diukur dengan kegembiraan. 
Kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan tapi kegembiraan indikator atau tanda aras kepada kebahagiaan.
Kegembiraan itu keikhlasan hati dalam berkongsi setiap apa yang kita punyai mahupun sedikit.
Hormat bukanlah tanda ketakutan tapi ianya sebuah penghargaan.
Penghargaan terhadap sebuah pemberian. 

Tuesday 20 September 2011

Syawal 2011
























     Syawal tahun ini keluarga belah ayah aku berkumpul di Air Tanai, Melaka. Biasanya kami akan berkumpul 2 tahun sekali. Bila berkumpul, perkara yang paling seronok buat aku adalah dapat merasai kemeriahan malam raya bersama2 sedara mare sambil bergotong-royong menyediakan hidangan raya, main mercun dan juga lepaking ngan dorang. Tapi sebenarnye tahun ni aku n famili balik lewat. Lemang, rendang, soto dan macam2 lauk dah siap baru ak sampai. Nak wat cemane, ak kene keje sehari sebelum raye. =) Nasib baik sedare mare ak sporting belaka.. hi3 Dan kemeriahan itu aku abadikan dan aku terjemahkan melalui karya photog ku ini.