Tuesday 8 November 2011

Force Yourself to Excel.

 Di bawah sistem pendidikan, pelajar dengan grade "C" yang mana belajar hanya untuk lulus dan yang mendapat straight "A" masih lagi boleh graduate. Daripada penilaian atas kertas yang membezakannya hanyalah dua abjad pemarkahan. Untuk berjaya, pelajar "A" telahpun menempuhi banyak kepayahan dan kesukaran dan sesetengah daripadanya memerlukan usaha dan pengorbanan yang besar.
   
Kita mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu lulus ataupun mahu mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Ianya adalah satu peluang untuk menunjukkan "human qualities" dan memilih jalan yang kita mahu dalam hidup.

Kecemerlangan bukanlah semata-mata pada segulung ijazah tapi ianya tentang bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Universiti terbaik adalah Universiti Perjalanan Kehidupan. Universiti yang banyak memberi pelajaran kepada manusia untuk terus hidup. Kita harus ambil pelajaran daripada sejarah dan kesilapan yang lepas agar ianya mampu dijadikan kekuatan dalam menempuh cabaran. Gagal bukanlah penamat buat segala-galanya. BERHENTI BERJUANG adalah pengertian terbaik buat KEGAGALAN.

Untuk cemerlang dalam hidup, kita harus menempuh pelbagai rintangan. Permasalahan sebenar dalam mencapai kecemerlangan adalah fikiran kita. Fikiran yang hanya melihat untuk selesa dan mudah. "Mindset" harus diubah daripada tidak kepada ya. 

"The greatest skill of all is the ability to overcome yourself" 

Tuesday 4 October 2011

Happy Family.















Keluarga bahagia bukan diukur dengan kemewahan tapi diukur dengan kegembiraan. 
Kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan tapi kegembiraan indikator atau tanda aras kepada kebahagiaan.
Kegembiraan itu keikhlasan hati dalam berkongsi setiap apa yang kita punyai mahupun sedikit.
Hormat bukanlah tanda ketakutan tapi ianya sebuah penghargaan.
Penghargaan terhadap sebuah pemberian. 

Tuesday 20 September 2011

Syawal 2011
























     Syawal tahun ini keluarga belah ayah aku berkumpul di Air Tanai, Melaka. Biasanya kami akan berkumpul 2 tahun sekali. Bila berkumpul, perkara yang paling seronok buat aku adalah dapat merasai kemeriahan malam raya bersama2 sedara mare sambil bergotong-royong menyediakan hidangan raya, main mercun dan juga lepaking ngan dorang. Tapi sebenarnye tahun ni aku n famili balik lewat. Lemang, rendang, soto dan macam2 lauk dah siap baru ak sampai. Nak wat cemane, ak kene keje sehari sebelum raye. =) Nasib baik sedare mare ak sporting belaka.. hi3 Dan kemeriahan itu aku abadikan dan aku terjemahkan melalui karya photog ku ini.

Sunday 28 August 2011

Majlis Iftar PSSGMUM.

















Pendekar Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya. ;)
Tahniah kepada Organizer.
Kerana usaha anda, kami dapat berkumpul dalam majlis yang barakah InsyaAllah.