Sunday 28 August 2011

Majlis Iftar PSSGMUM.

















Pendekar Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya. ;)
Tahniah kepada Organizer.
Kerana usaha anda, kami dapat berkumpul dalam majlis yang barakah InsyaAllah.


Malam seorang saudagar.






















        Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid Jamek pasti tidak asing bagi warga kota. Tempat yang semestinya menjadi tumpuan masyarakat untuk membeli-belah dan berniaga. Dan kehadiran saya di sana pastinya ingin membeli-belah untuk persiapan raya tahun 2011. Dengan pilihan yang banyak dan pelbagai serta harga yang berbaloi membuatkan ramai yang berkunjung tidak mahu pulang dengan tangan kosong. 
         
           Mana tidaknya,untuk sampai ke sana sahaja telah menduga iman si pengunjung. Cabaran dari segi kesesakan lalu lintas, kepadatan orang ramai dan  tempat letak kereta  yang terhad membuatkan si pengunjung pening kepala memikirkannya. Tapi mereka tabah menempuh kerana mereka yakin ianya pasti berbaloi.
      
         Sambil-sambil membeli-belah sudah pasti hobi baru saya sebagai "part time photographer" memerlukan saya lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Kemeriahan itu harus dirakam untuk diabadikan kerana itulah perjalanan kehidupan yang variasi. Pelbagai gelagat saya rakamkan baik ragam pembeli ataupun penjual.
         
         Tahniah dan terima kasih juga kepada PDRM Masjid India kerana tugas yang telah dijalankan untuk mengawal keadaan pada malam itu. Dari segi berjaya atau tidak dalam menjalankan tugas, saya serahkan kepada mereka untuk menjawab persoalan tersebut. Dengan kehadiran ulat mercun pasti ianya telah melanggar undang-undang kerajaan. So, tepuk dada tanya IMAN kerana dengan iman kita akan temui jawapan yang sepatutnya.

         Bagi peniaga, ambillah potongan ayat ini sebagai panduan dalam menjalankan perniagaan. 

         `Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah an-nisa' ayat 29).
         Moga-moga ianya mampu menjadi ayat pendinding untuk menjadi peniaga yang dicintai Allah swt.

Titik. 



Saturday 20 August 2011

Iftar ku di hospital.
























          15 Ramadhan 1432 hijrah, aku bersama rakan-rakanku berbuka di kolej tempat kami menuntut. Alhamdulillah, biarpun tak sehebat berbuka di hotel-hotel mewah tapi aku yakin mereka rasa seronok dapat berbuka bersama. Islam menganjurkan umatnya agar bersederhana dan bersyukur dalam setiap urusan.

Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a sabda Rasullullah saw:

"bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak akan bersyukur yang banyak, dan sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia , dia juga tidak bersyukur kepada Allah" 
                                                                                                   Riwayat Imam Ahmad dan al-Baihaqi.

         Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras" surah Ibrahim, ayat 7.

           Mensyukuri apa yang kita perolehi itu amatlah dituntut dalam islam bahkan Allah swt menegaskan bahawa "barangsiapa yang bersyukur akan Aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu". Nikmat kesihatan itu sendiri datangnya daripada Allah malah nyawa kita milikNya. Oleh itu janganlah kita sombong dan ucaplah terima kasih dan Alhamdulillah sebagai tanda syukurnya kita.

Titik.