Tuesday 8 November 2011

Force Yourself to Excel.

 Di bawah sistem pendidikan, pelajar dengan grade "C" yang mana belajar hanya untuk lulus dan yang mendapat straight "A" masih lagi boleh graduate. Daripada penilaian atas kertas yang membezakannya hanyalah dua abjad pemarkahan. Untuk berjaya, pelajar "A" telahpun menempuhi banyak kepayahan dan kesukaran dan sesetengah daripadanya memerlukan usaha dan pengorbanan yang besar.
   
Kita mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu lulus ataupun mahu mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Ianya adalah satu peluang untuk menunjukkan "human qualities" dan memilih jalan yang kita mahu dalam hidup.

Kecemerlangan bukanlah semata-mata pada segulung ijazah tapi ianya tentang bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Universiti terbaik adalah Universiti Perjalanan Kehidupan. Universiti yang banyak memberi pelajaran kepada manusia untuk terus hidup. Kita harus ambil pelajaran daripada sejarah dan kesilapan yang lepas agar ianya mampu dijadikan kekuatan dalam menempuh cabaran. Gagal bukanlah penamat buat segala-galanya. BERHENTI BERJUANG adalah pengertian terbaik buat KEGAGALAN.

Untuk cemerlang dalam hidup, kita harus menempuh pelbagai rintangan. Permasalahan sebenar dalam mencapai kecemerlangan adalah fikiran kita. Fikiran yang hanya melihat untuk selesa dan mudah. "Mindset" harus diubah daripada tidak kepada ya. 

"The greatest skill of all is the ability to overcome yourself"