Saturday, 25 August 2012
Salam Eidulfitrie 2012.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun Selamat Menyambut Hari Kemenangan atas usaha kita selama sebulan berpuasa. Serta saya ingin memohon maaf atas segala perbuatan dan tingkah laku saya terhadap semua customer saya serta kepada semua yang mengenali saya. Karya saya hanyalah sebuah usaha kecil, oleh kerana itu saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada customer saya yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam merakamkan saat-saat penting dan bermakna buat mereka.
Tuesday, 10 January 2012
Tuesday, 8 November 2011
Force Yourself to Excel.
Di bawah sistem pendidikan, pelajar dengan grade "C" yang mana belajar hanya untuk lulus dan yang mendapat straight "A" masih lagi boleh graduate. Daripada penilaian atas kertas yang membezakannya hanyalah dua abjad pemarkahan. Untuk berjaya, pelajar "A" telahpun menempuhi banyak kepayahan dan kesukaran dan sesetengah daripadanya memerlukan usaha dan pengorbanan yang besar.
Kita mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu lulus ataupun mahu mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Ianya adalah satu peluang untuk menunjukkan "human qualities" dan memilih jalan yang kita mahu dalam hidup.
Kecemerlangan bukanlah semata-mata pada segulung ijazah tapi ianya tentang bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Universiti terbaik adalah Universiti Perjalanan Kehidupan. Universiti yang banyak memberi pelajaran kepada manusia untuk terus hidup. Kita harus ambil pelajaran daripada sejarah dan kesilapan yang lepas agar ianya mampu dijadikan kekuatan dalam menempuh cabaran. Gagal bukanlah penamat buat segala-galanya. BERHENTI BERJUANG adalah pengertian terbaik buat KEGAGALAN.
Untuk cemerlang dalam hidup, kita harus menempuh pelbagai rintangan. Permasalahan sebenar dalam mencapai kecemerlangan adalah fikiran kita. Fikiran yang hanya melihat untuk selesa dan mudah. "Mindset" harus diubah daripada tidak kepada ya.
"The greatest skill of all is the ability to overcome yourself"
Tuesday, 4 October 2011
Happy Family.
Keluarga bahagia bukan diukur dengan kemewahan tapi diukur dengan kegembiraan.
Kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan tapi kegembiraan indikator atau tanda aras kepada kebahagiaan.
Kegembiraan itu keikhlasan hati dalam berkongsi setiap apa yang kita punyai mahupun sedikit.
Hormat bukanlah tanda ketakutan tapi ianya sebuah penghargaan.
Penghargaan terhadap sebuah pemberian.
Tuesday, 20 September 2011
Syawal 2011
Syawal tahun ini keluarga belah ayah aku berkumpul di Air Tanai, Melaka. Biasanya kami akan berkumpul 2 tahun sekali. Bila berkumpul, perkara yang paling seronok buat aku adalah dapat merasai kemeriahan malam raya bersama2 sedara mare sambil bergotong-royong menyediakan hidangan raya, main mercun dan juga lepaking ngan dorang. Tapi sebenarnye tahun ni aku n famili balik lewat. Lemang, rendang, soto dan macam2 lauk dah siap baru ak sampai. Nak wat cemane, ak kene keje sehari sebelum raye. =) Nasib baik sedare mare ak sporting belaka.. hi3 Dan kemeriahan itu aku abadikan dan aku terjemahkan melalui karya photog ku ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































